Berlumba untuk Sihat dengan Geng Sihat!
Date:
14 Okt 2018
Time:
11:00pg – 12:30tgh
Venue:
Event Space, Wisma Geylang Serai
Setiap kumpulan yang terdiri daripada empat peserta akan diberikan masa selama satu jam untuk mengunjungi reruai-reruai yang bertema, iaitu Pemakanan, Senaman, Saringan Kesihatan, Kaedah Rawatan dan Perubatan. Peserta akan menjawab pelbagai soalan, melakukan aktiviti dan mencari petunjuk dengan menggunakan bahasa Melayu pada setiap reruai. Bagi setiap tugasan yang berjaya dilengkapkan, setiap kumpulan akan diberikan sekeping kad untuk mengumpul pelekat–pelekat. Hadiah misteri akan dimenangi bagi kumpulan yang berjaya mengumpulkan bilangan pelekat yang terbanyak dalam masa yang paling cepat. Pra-pendaftaran diperlukan.