Bulan Bahasa

 

Identiti Kreatif Bulan Bahasa 2024

 

Bulan Bahasa pertama kali dilancarkan pada tahun 1988 oleh Majlis Bahasa Melayu Singapura sebagai satu inisiatif untuk menggalakkan masyarakat Melayu menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian mereka. Pengguna bahasa Melayu ialah pewaris bahasa Melayu untuk memastikan bahasa Melayu dilestarikan menerusi penggunaan yang berterusan.

Sejak 2011, Bulan Bahasa telah menjadi acara tahunan. Pelbagai kegiatan Bulan Bahasa telah dianjurkan untuk menggalakkan dan memberikan keyakinan dalam penguasaan bahasa Melayu.

Rujuk di sini untuk mendengar lagu Bulan Bahasa, Bahasa Menjunjung Budaya versi 2018. Rujuk di sini untuk mendengar lagu versi 2021 dan di sini untuk memuat turun lagu ini.

  

Program Bulan Bahasa 2025

Bulan Bahasa 2024 akan diadakan dari 16 Ogos hingga 12 Oktober 2025. Kepada anda yang ingin memohon dana MBMS untuk program Bulan Bahasa, sila isi borang ini sebelum 24 Mac 2025. Anda yang berminat juga boleh memohon sokongan dana daripada salah satu badan-badan sokongan dana Bulan Bahasa.

No.  Badan Sokongan Dana Borang Permohonan Dana  Tarikh Tutup
 1

Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC)

Supported Programme Fund  24 Mac 2025
 2 Dana Kedwibahasaan Lee Kuan Yew (LKYFB)

LKYFB General Call for Proposals Application Form (Organisations)

LKYFB General Call for Proposals Application Form (Individuals)

 24 Mac 2025
 3 Jawatankuasa Penterjemahan Nasional (NTC) CiTEG Application Submission Form  31 Mac 2025

 

Maklumat lanjut boleh didapati di Instagram kami @bulanbahasa.

 

   

 

'Cita. Citra. Cinta. Bahasa Kita.'

Tema Bulan Bahasa, ‘Cita. Citra. Cinta. Bahasa Kita.’  menggambarkan langkah kita mengharungi era baharu; berkembang daripada tema ‘Ilmu. Budaya. Mesra.’ sebelum ini.

 

‘Cita’ menggambarkan keinginan, hasrat dan harapan masyarakat dalam usaha untuk mengekalkan penggunaan bahasa Melayu ‘Citra’ memaparkan kepelbagaian dan kesesuaian bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan perantaraan. ‘Cinta’ pula menunjukkan minat dan sayang akan nilai dan seninya  bahasa Melayu yang indah.

Saksikan Majlis Pelancaran Bulan Bahasa 2024 di meWATCH sini. Majlis Pelancaran Bulan Bahasa 2024 telah disiarkan pada 7 September 2024, 8:30 malam, di Mediacorp Suria. Berkisarkan tema 'Cita. Citra. Cinta. Bahasa Kita.', majlis itu telah menyerlahkan kekayaan bahasa dan budaya Melayu dengan penampilan Rakan Kerjasama, Rakan Bahasa dan Duta Bahasa Dr Fadzil Hamzah.

 

Bulan Bahasa 2024

 

Bulan Bahasa 2023

 

Bulan Bahasa 2022

 

Bulan Bahasa 2021

 


Bulan Bahasa 2020

 


Bulan Bahasa 2019

 

BB2018 Appointment of Duta Bahasa
Bulan Bahasa 2018

 

Bulan Bahasa 2017
Bulan Bahasa 2017 

 

Bulan
Bulan Bahasa 2016

 

 Bulan Bahasa 2015 (1)
Bulan Bahasa 2015

 

Bulan Bahasa 2015 (2)
Bulan Bahasa 2015