Sempena sambutan SG50 pada tahun 2015, Yang Terukir telah dihasilkan untuk merakamkan perjalanan persada sastera Melayu dari tahun 1965 hingga 2015. Buku ini bertujuan untuk:
· Merakamkan jiwa, semangat dan perjalanan kesusasteraan Melayu di Singapura
· Menghargai sumbangan sastera Melayu terhadap pembangunan Singapura dan dunia Melayu
· Menjadi dokumen penting yang menjadi rujukan untuk bahasa Melayu dan landskap kesusasteraan dari tahun 1965 hingga 2015.
Buku ini mengandungi 11 segmen dengan artikel-artikel yang disumbangkan oleh pelbagai penulis.
E-book Yang Terukir boleh dimuat turun di sini:
Yang Terukir (2015) E-Book: Bahasa dan Persuratan Melayu
Muka depan Yang Terukir, keluaran pada tahun 2015
(Dari Kiri-Kanan) Encik Masagos Zulkifli, Encik Sidek Saniff, Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong, Encik Yatiman Yusof, Encik Hawazi Daipi, Encik Zaqy Mohamad, dan A/P Dr Faishal Ibrahim di Pelancaran Yang Terukir pada 5 September 2015.
A/P Dr Hadijah Rahmat (kiri) menunjukkan Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong (tengah) terbitan Yang Terukir.
(EL) Yang Terukir (2022) E-Book: Malay Language and Literature
Terbitan e-book Yang Terukir dalam versi bahasa Inggeris telah dihasilkan pada tahun 2022.
Semua langkah-langkah telah diambil untuk memastikan bahasa terjemahan bahasa Inggeris di dalam Yang Terukir adalah tepat dan yang terbaik untuk mencerminkan artikel asal yang telah ditulis oleh penulis masing-masing.
Untuk tujuan rujukan rasmi dan/atau penggunaan, pembaca hendaklah merujuk kepada versi asal bahasa Melayu yang dipautkan di atas.
Muka depan Yang Terukir (versi Inggeris), keluaran tahun 2022