Rakan Bahasa

Sempena sambutan tahunan Bulan Bahasa, para pelajar dilantik sebagai Rakan Bahasa oleh Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) demi mendorong mereka yang cinta akan bahasa dan budaya Melayu untuk memupuk rasa cinta yang sama dalam kalangan keluarga dan rakan-rakan mereka. Peranan mereka adalah untuk berkongsi keindahan bahasa Melayu dan melestarikan bahasa kita.

Sepanjang tahun, setiap Rakan Bahasa akan diberikan peluang untuk menyertai pelbagai acara dan program yang akan mengasah kebolehan dan kemahiran mereka. Program-program ini termasuklah Kad Aktiviti Kembara Rakan Bahasa, Pertandingan TeeVers, Penterjemah Pintar, dan lain-lain lagi.MBMS dan ahli Jawatankuasa Bulan Bahasa akan terus berusaha untuk membina keyakinan dan kemampuan bertutur dalam bahasa Melayu bagi semua Rakan Bahasa.

 

Lencana & Visi Rakan Bahasa


BUDAYA DIWARISI,
BAHASA DILESTARI,
IDENTITI SEJATI

Setiap Rakan Bahasa digalak untuk mencerminkan identiti Melayu mereka melalui penghayatan budaya dan penggunaan bahasa Melayu.

Kriteria:

  • Bersemangat terhadap bahasa dan budaya Melayu
  • Boleh menjadi teladan kepada rakan-rakan
  • Dapat memperkaya kehidupan orang lain melalui ekspresi kreatif dan penggunaan bahasa Melayu

 

Pencalonan Rakan Bahasa 2024

Tempoh pencalonan Rakan Bahasa 2024 sudah tutup.

 

Inisiatif Rakan Bahasa

Majlis Pelantikan Rakan Bahasa

Majlis Pelantikan Rakan Bahasa merupakan permulaan kalendar tahunan Rakan Bahasa.

Setiap Rakan Bahasa akan diberikan sijil pelantikan dan perlu mendaftar untuk menyertai program-program yang bakal dianjurkan pada tahun itu. Program-program seperti Pertandingan Teevers, Penterjemah Pintar dan Kembara Rakan Bahasa akan diumumkan semasa majlis tersebut.

Rakan Bahasa yang dilantik juga berpeluang untuk menerima bimbingan daripada Duta-duta Bahasa dalam sesi khas.

Pada tahun 2024, Majlis Pelantikan Rakan Bahasa telah dianjurkan di Singapore Discovery Centre pada 19 April 2024.

Majlis Pelantikan Rakan Bahasa 2024

Majlis Pelantikan Rakan Bahasa 2024

Sesi Rangkaian dan Latihan Rakan Bahasa 2023

Sesi Rangkaian dan Latihan Rakan Bahasa 2023

Majlis Pelantikan Rakan Bahasa 2022

 

Majlis Pelantikan Rakan Bahasa 2021


 

Kad Aktiviti Kembara Rakan Bahasa

Kad Aktiviti Kembara Rakan Bahasa mengandungi pelbagai misi untuk diselesaikan oleh Rakan Bahasa sepanjang pelantikan mereka. Aktiviti Kembara Rakan Bahasa akan menggalakkan penggunaan dan penghayatan bahasa Melayu melalui aktiviti membaca, menulis dan penterjemahan.

Setiap Rakan Bahasa yang berjaya melengkapkan kesemua aktiviti Kembara Rakan Bahasa akan menerima sijil dan lencana Kembara

 


Sekolah Rendah

 


Sekolah Menengah

 


Institusi Pengajian Tinggi

 


Pertandingan TeeVers

Pertandingan TeeVers bertukar kepada format drama audio pada tahun 2024. 

Untuk tahun 2024, Rakan Bahasa dikehendaki untuk menulis skrip dan menghidupkan skrip tersebut dengan lakonan suara mereka berdasarkan tema yang diberikan. Penghasilan drama audio Rakan Bahasa telah dinilai berdasarkan kandungan, kreativiti dan penggunaan bahasa Melayu. Dengan sokongan TeeVers, setiap Rakan Bahasa telah diberikan akaun peribadi aplikasi The Vactors Club. Mereka boleh menggunakan akaun tersebut untuk menghasilkan dan berkongsi drama audio tersebut bersama rakan-rakan mereka di sekolah.

Tonton video pengumuman pemenang Pertandingan TeeVers di sini!

 

Pemenang-pemenang Pertandingan Teevers 2024

 

Sekolah Rendah Changkat - Juara Pertandingan TeeVers 2023 bagi Kategori Sekolah Rendah 

 

Sekolah Menengah Deyi - Juara Pertandingan TeeVers 2023 bagi Kategori Sekolah Menengah dan Maktab Rendah

Terima kasih kepada pihak TeeVers atas sokongan yang diberikan buat Pertandingan TeeVers 2024.

 

Penterjemah Pintar

Penterjemah Pintar ialah sebuah pertandingan penterjemahan yang dianjurkan oleh guru-guru Bahasa Melayu untuk Rakan Bahasa peringkat sekolah rendah. Penterjemah Pintar dianjurkan buat pertama kali pada tahun 2019.

Pada tahun 2024, Penterjemah Pintar telah dianjurkan bersama 4PM (Persuratan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu) dan Jawatankuasa Bulan Bahasa dan Majlis Bahasa Melayu Singapura pada 10 Mei 2024, di Wisma Geylang Serai untuk pasukan sekolah rendah yang berdaftar sahaja,

 

Penterjemah Pintar 2024

 

Penterjemah Pintar 2024

 

Penterjemah Pintar 2023

Penterjemah Pintar 2023

 

Penterjemah Pintar 2022

 


Penterjemah Pintar 2020

 


Penterjemah Pintar 2019