Matlamat Majlis Bahasa Melayu Singapura adalah untuk:
- Membina masyarakat Melayu Singapura yang fasih berbahasa Melayu, serta menimbulkan rasa bangga terhadap budaya, tradisi dan sejarah Melayu,
- Menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat Melayu Singapura yang kurang menggunakan Bahasa Ibunda mereka, dan
- Memupuk wacana intelektual dan meningkatkan landskap sastera Melayu menerusi pendedahan serantau.
Majlis Bahasa Melayu Singapura menganjurkan empat kegiatan khas iaitu:
- Bulan Bahasa
- Anugerah Guru Arif Budiman
- Anugerah Persuratan (setiap dua tahun)
- Menganggotai MASTERA (Majlis Sastera Asia Tenggara)